Catatan

Kecederaan ACL

Imej
Apakah Itu Kecederaan ACL? Sendi lutut mempunyai 4 ligamen asas yang menyokong kestabilannya. Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah salah satu ligamen utama dalam lutut. Kecederaan ACL yang paling sering berlaku semasa sukan yang melibatkan berhenti secara tiba-tiba, melompat atau perubahan arah – seperti dalam permainan bola keranjang, bola sepak, ragbi dan lain-lain lagi. 80% kecederaan ini didapati terjadi tanpa sentuhan (non-contact).  Ligamen normal dan yang telah mengalami kecederaan Kecederaan ACL berlaku apabila berlakunya abnormaliti pada ligamen seperti struktur ligamen hilang kekuatan, terkoyak atau terus putus secara keseluruhannya. Kecederaan ligamen terbahagi kepada 3 jenis atau gred iaitu:- Gred 1 . Kecederaan ringan, sedikit regangan pada ligamen tetapi sendi lutut masih stabil Gred 2 . Regangan pada ligamen sehingga tahap dimana ligamen menjadi longgar. Biasanya disebut sebagai ‘partial tear’ pada ligamen atau separuh koyak. Gred 3 . Kecederaan ligamen ini kebia...

Osteoarthritis

Imej
   Osteoarthritis adalah keradangan kronik pada sendi akibat kerosakan pada tulang rawan. Osteoarthritis adalah jenis arthritis (radang sendi) yang paling kerap terjadi. Kondisi ini menyebabkan sendi-sendi terasa sakit, ketat, dan bengkak. Keadaan ini boleh menyerang semua sendi, namun sendi di jari tangan, lutut, pinggul, dan tulang punggung, adalah sendi-sendi yang paling sering diserang. Gejala yang timbul saat mengalami osteoarthritis akan berkembang secara perlahan. Rawatan untuk osteoarthritis bertujuan untuk meminimakan rasa ngilu dan untuk membantu penderitanya untuk menjalankan aktiviti dan bergerak dengan normal. Penyebab dan Faktor Risiko Osteoarthritis Osteoarthitis disebabkan oleh kerosakan pada tulang rawan dan sendi. Kerosakan ini berkembang seiring dengan masa. Kondisi ini bermula ketika tulang rawan yang merupakan lapisan pelindung tulang mula mengalami kerosakan. Kerosakan ini kemudian menyebabkan terjadinya geseran antara tulang. Geseran ini lama kelamaan ak...

Kecederaan Semasa Bersukan

Imej
Pengenalan Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan yang biasa ditemui adalah : Ketegangan dan kecederaan otot Kecederaan lutut Kebengkakan otot Kecederaan pada tendon Achilles Kesakitan pada tulang tibia Fraktur (kepatahan pada tulang) Sendi yang beralih Akut atau Kronik Ada dua jenis kecederaan sukan – akut dan kronik. Kecederaan akut berlaku semasa di dalam aktiviti sukan. Kecederaan pada buku lali, sakit belakang, patah tulang sendi adalah contoh kecederaan akut . Tanda-tanda kecederaan akut. Kesakitan yang akut pada kawasan yang terlibat Kebengkakan (Swelling) ...

Perkhidmatan Kami / Our Services

Imej
 1. Sport Massage / Urutan Sukan  2. Exercise Therapy / Terapi Senaman  Program penurunan berat badan -program ini merupakan beberapa siri latihan senaman yang direka khas mengikut keperluan pelanggan untuk menurunkan berat badan. Program Pemulihan Sukan- perkhidmatan ini merupakan sesi pemulihan selepas bersukan untuk memulihkan kesakitan dan keletihan selepas latihan (workout / training). Bayaran bulanan dibuat dan pelanggan boleh datang bila-bila masa yang dikehendaki untuk menjalani pemulihan. (Disarankan seminggu minima sekali).  Program Back to Sport - selepas kecederaan sukan, atlet sememangnya mahu kembali bersukan. Program ini direka khas untuk menyediakan atlet supaya cergas untuk kembali ke sesi latihan bersama jurulatih atau bersukan secara reakrasi. 3. General Physiotherapy Services / Perkhidmatan Fisioterapi Am Sakit Belakang / Back Pain Sakit Lutut / Knee Pain Rehabilitasi Strok / Stroke Rehabilitation Kecederaan Awal Semasa Bersukan Dan lain2 masalah ...

Pengenalan/Introduction

Imej
SG Sport Therapy adalah satu perkhidmatan fisioterapi baru di dalam bandar anda. Mula bertapak dan memberi perkhidmatan di bandar Ipoh dan kawasan sekitar bermula sejak Januari 2019. SG Sport Therapy atau SG Sport Physiotherapy mempunyai kepakaran utama dalam bidang sukan, namun perkhidmatan fisioterapi asas untuk sakit fizikal seperti sakit lutut (osteoarthritis), sakit belakang (mechanical back pain / slip disc / scoliosis & etc), rehabilitasi strok dan kecederaan saraf tunjang serta lain-lain lagi.  Therapist utama merupakan seorang bekas fisioterapi di hospital kerajaan, berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang fisioterapi sejak 2012. Buat masa ini SG Sport Therapy beroperasi bersama Longlife Physiotherapy Center di pekan Mengelembu, Perak dan juga di home base center yang terletak di Taman Raia Indah, Kampung Kepayang. Matlamat SG Sport Therapy adalah membantu dalam pembangunan sukan negara dan juga meningkatkan kadar kecergasan dan kesihatan pada peringkat komuniti. Untu...