Osteoarthritis


   Osteoarthritis adalah keradangan kronik pada sendi akibat kerosakan pada tulang rawan. Osteoarthritis adalah jenis arthritis (radang sendi) yang paling kerap terjadi. Kondisi ini menyebabkan sendi-sendi terasa sakit, ketat, dan bengkak.

Keadaan ini boleh menyerang semua sendi, namun sendi di jari tangan, lutut, pinggul, dan tulang punggung, adalah sendi-sendi yang paling sering diserang. Gejala yang timbul saat mengalami osteoarthritis akan berkembang secara perlahan.

Rawatan untuk osteoarthritis bertujuan untuk meminimakan rasa ngilu dan untuk membantu penderitanya untuk menjalankan aktiviti dan bergerak dengan normal.



Penyebab dan Faktor Risiko Osteoarthritis

Osteoarthitis disebabkan oleh kerosakan pada tulang rawan dan sendi. Kerosakan ini berkembang seiring dengan masa. Kondisi ini bermula ketika tulang rawan yang merupakan lapisan pelindung tulang mula mengalami kerosakan.

Kerosakan ini kemudian menyebabkan terjadinya geseran antara tulang. Geseran ini lama kelamaan akan merosakkan dan menyebabkan keradangan pada sendi. Peningkatann usia adalah salah satu faktor utama terjadinya kondisi ini.

Selain itu, ada beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko terjadinya osteoarthritis, antaranya adalah:

  • Kaum wanita, terutama yang sudah menopause
  • Mengalami obesiti
  • Pernah mengalami kecederaan pada sendi atau pernah menjalani pembedahan pada tulang dan sendi
  • Melakukan pekerjaan atau aktiviti fizikal yang menyebabkan sendi tertekan secara terus-menerus
  • Memiliki sejarah osteoarthritis di dalam keluarga
  • Menderita penyakit tertentu, seperti rheumatoid arthritis dan hemokromatosis
  • Mengalami kelainan upaya atau cacat pada tulang rawan atau sendi


Gejala Osteoarthritis

Pada tahap awal, pesakit osteoarthritis akan merasakan rasa sakit atau ngilu dan ketat pada sendi. Gejala yang dirasai akan berkembang secara perlahan dan menjadi semakin teruk seiring dengan waktu. Hal ini akan membuat pesakit mengalami kesulitan menjalani aktiviti harian. 

Selain rasa sakit dan ketat di sendi, beberapa gejala lain yang boleh terjadi adalah:

  • Bengkak pada sendi
  • Terdapat bunyi geseran pada sendi ketika digerakkan
  • Kelemahan otot dan berkurangnya jisim otot (muscle wasting)
  • Munculnya taji atau tulang tambahan (spur)
  • Munculnya benjolan pada sendi yang ada di jari tangan
  • Jari tangan membengkok dan keras



Bila harus berjumpa dengan doktor?

Segera berjumpa dengan doktor jika mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas, terutama jika keadaan semakin menggangu aktiviti harian.

Pesakit osteoarthritis perlu melakukan pemeriksaan berkala. Pemeriksaan rutin ini bertujuan untuk memantau kondisi, kemajuan rawatan fisioterapi, serta mencegah komplikasi.
  

Rawatan Osteoarthritis

Tujuan rawatan osteoarthritis adalah untuk meredakan masalah dan gejala agar pesakit boleh terus melakukan aktiviti secara normal.

Untuk meredakan rasa ngilu dan keradangan doktor akan memberikan ubat-ubatan, seperti:

  • Paracetamol
  • Obat antiinflamasi nonsteroid, seperti ibuprofen dan naproxen sodium
  • Capsaicin cream
  • Suntikan obat kortikosteroid

Selain dari ubat-ubatan di atas, osteoarthritis juga boleh ditangani dengan fisioterapi dan pembedahan. Berikut adalah penjelasannya:

Fisioterapi

Pesakit osteoarthritis perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk menguatkan otot-otot di sekitar sendi. Cara ini juga dapat meningkatkan fleksibiliti sendi dan otot, serta mengurangi rasa sakit.



Pembedahan

Meski jarang dilakukan, pembedahan boleh dilakukan untuk memperbaiki atau mengganti sendi yang rosak supaya pesakit lebih mudah bergerak dan melakukan aktiviti harian.


Selain rawatan yang dilakukan di hospital atau klinik, pesakit osteoarthritis disarankan untuk menerapkan gaya hidup sihat, seperti:


Rutin senaman

Sebaman yang dilakukan secara teratur dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan memperkuat otot-otot di sekitar sendi, justeru meningkatkan kesatbilan sendi. Contoh senaman yang boleh dilakukan antaranya adalah berjalan, berbasikal, berenang, yoga, dan tai chi.



Menurunkan berat badan

Pesakit osteoarthritis yang memiliki berat badan berlebihan disarankan untuk menurunkan berat badan. Hal ini bertujuan untuk mengurangi tekanan pada sendi dan boleh mengurangi rasa sakit.


Komplikasi Osteoarthritis

Pesakit osteoarthritis yang tidak mendapatkan rawatan boleh menyebabkan ngilu dan rasa tidak selesa. Kondisi ini dapat menyebabkan pesakit mengalami beberapa komplikasi, seperti:

  • Gangguan tidur
  • Depresi
  • Osteonecrosis atau avascular necrosis (kematian sel tulang)
  • Infeksi pada sendi
  • Saraf tersepit di tulang belakang


Pencegahan Osteoarthritis

Osteoarthritis tidak dapat dicegah. Namun, anda dapat menurunkan risiko penyakit ini dengan beberapa langkah di bawah ini:


  • Menjaga berat badan ideal
  • Selalu aktif, rajin bergerak, dan bersenam
  • Menjaga postur tubuh ketika duduk atau berdiri
  • Melakukan senaman regangan otot secara rutin
  • Beristirahat dengan cukup dan teratur


Hubungi kami dengan segera sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kami, hubungi kami dengan segera melalui panggilan telefon, whatsapp (click link disini), atau facebook kami.

Telefon : 011-5720 0858
Facebook : SG Sport Therapy
Instagram : @sg_sport_therapy

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kecederaan Semasa Bersukan

Kecederaan ACL