Kecederaan ACL
Apakah Itu Kecederaan ACL?
Sendi lutut mempunyai 4 ligamen asas yang menyokong kestabilannya. Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah salah satu ligamen utama dalam lutut. Kecederaan ACL yang paling sering berlaku semasa sukan yang melibatkan berhenti secara tiba-tiba, melompat atau perubahan arah – seperti dalam permainan bola keranjang, bola sepak, ragbi dan lain-lain lagi. 80% kecederaan ini didapati terjadi tanpa sentuhan (non-contact).
Kecederaan ACL berlaku apabila berlakunya abnormaliti pada ligamen seperti struktur ligamen hilang kekuatan, terkoyak atau terus putus secara keseluruhannya. Kecederaan ligamen terbahagi kepada 3 jenis atau gred iaitu:-
Rawatan yang diberikan adalah berbeza mengikut tahap kecederaan ini. Rangka rawatan dan pemulihan perlu dirancang dengan teliti terutamanya bagi atlet-atlet yang bermain di peringkat profesional.
Simptom / Tanda-tanda Kecederaan ACL
Simptom biasa kecederaan ACL adalah:
Selepas kecederaan akut, anda mungkin hampir terpaksa menghentikan aktiviti yang anda lakukan. Namun, anda masih mampu untuk berjalan.
Kecederaan fizikal lain juga boleh menyebabkan simptom seperti kecederaan ACL. Ia termasuk tulang patah atau kecederaan pada kusyen lutut (menisci) mahupun ligamen lain dalam lutut. Disebabkan itu, anda disarankan untuk menjalani pemeriksaan rapi dengan doktor terlebih dahulu bagi mengenal pasti dengan lebih tepat bahagian kecederaan dan gred kecederaan tersebut.
Faktor Kecederaan ACL
Ligamen adalah jalur tisu kuat yang menghubungkan satu tulang ke tulang yang lain. ACL merupakansalah satu daripada dua ligamen yang melintasi dalam tengah lutut, menghubungkan tulang paha (femur) ke tulang kering (tibia) dan membantu menstabilkan sendi lutut anda.
Kebanyakan kecederaan ACL berlaku semasa sukan dan aktiviti kecergasan yang boleh meletakkan tekanan pada lutut seperti:
Faktor Risiko Kecederaan ACL
Antara faktor risiko kecederaan ACL adalah seperti:
Diagnosis Kecederaan ACL
Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa keadaan fizikal lutut untuk melihat kesan bengkak. Doktor juga akan melakukan ujian khas dengan menggerakkan lutut anda ke pelbagai posisi untuk menilai abnormaliti dan fungsi sendi.
Selalunya diagnosis boleh dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal sahaja, tetapi pemeriksaan khas yang lain mungkin diperlukan bagi menentukan ketepatan dan tahap serius kecederaan tersebut. Ujian ini termasuk:
Rawatan Kecederaan ACL
Matlamat rawatan untuk kecederaan ACL adalah untuk:
Kerjasama antara doktor dan pesakit adalah penting bagi memutuskan rawatan yang perlu dijalankan sama ada perlu menjalani pemulihan (rehab) atau pembedahan dan diikuti dengan pemulihan. Tidak semua kecederaan ACL memerlukan pembedahan.
Rawatan Awal Kecederaan
Sekiranya berlaku sebarang kecederaan pada lutut, rawatan pertama yang perlu diambil adalah:
Rawatan Lanjutan
Rawatan lanjutan setelah menerima nasihat dari doktor atau selepas rawatan adalah dengan rawatan fisoterapi. Pelan rawatan fisioterapi untuk pesakit yang tidak menjalani pembedahan bergantung pada:-

![]() |
| Ligamen normal dan yang telah mengalami kecederaan |
Kecederaan ACL berlaku apabila berlakunya abnormaliti pada ligamen seperti struktur ligamen hilang kekuatan, terkoyak atau terus putus secara keseluruhannya. Kecederaan ligamen terbahagi kepada 3 jenis atau gred iaitu:-
- Gred 1. Kecederaan ringan, sedikit regangan pada ligamen tetapi sendi lutut masih stabil
- Gred 2. Regangan pada ligamen sehingga tahap dimana ligamen menjadi longgar. Biasanya disebut sebagai ‘partial tear’ pada ligamen atau separuh koyak.
- Gred 3. Kecederaan ligamen ini kebiasaannya disebut ‘complete tear’ atau koyak sepenuhnya. Ligamen akan terbelah dua dan sendi lutut akan hilang kestabilan.
Rawatan yang diberikan adalah berbeza mengikut tahap kecederaan ini. Rangka rawatan dan pemulihan perlu dirancang dengan teliti terutamanya bagi atlet-atlet yang bermain di peringkat profesional.
Simptom / Tanda-tanda Kecederaan ACL
Simptom biasa kecederaan ACL adalah:
- Merasa atau mendengar bunyi “pop” dalam lutut semasa kecederaan
- Ketidakstabilan mengejut dalam lutut (lutut merasa goyah, lengkok, atau haus). Hal ini boleh berlaku selepas melompat atau berubah posisi mahupun selepas pukulan secara langsung pada tepi lutut
- Sakit pada luar dan belakang lutut
- Lutut bengkak dalam masa beberapa jam pertama kecederaan sebagai respon inflamasi.
- Pergerakan lutut yang terhad kerana bengkak dan / atau sakit
Selepas kecederaan akut, anda mungkin hampir terpaksa menghentikan aktiviti yang anda lakukan. Namun, anda masih mampu untuk berjalan.
Kecederaan fizikal lain juga boleh menyebabkan simptom seperti kecederaan ACL. Ia termasuk tulang patah atau kecederaan pada kusyen lutut (menisci) mahupun ligamen lain dalam lutut. Disebabkan itu, anda disarankan untuk menjalani pemeriksaan rapi dengan doktor terlebih dahulu bagi mengenal pasti dengan lebih tepat bahagian kecederaan dan gred kecederaan tersebut.
Faktor Kecederaan ACL
Ligamen adalah jalur tisu kuat yang menghubungkan satu tulang ke tulang yang lain. ACL merupakansalah satu daripada dua ligamen yang melintasi dalam tengah lutut, menghubungkan tulang paha (femur) ke tulang kering (tibia) dan membantu menstabilkan sendi lutut anda.
Kebanyakan kecederaan ACL berlaku semasa sukan dan aktiviti kecergasan yang boleh meletakkan tekanan pada lutut seperti:
- Memperlahan dan merubah posisi/arah secara tiba-tiba
- Memutarkan kaki dalam keadaan kaki tetap berdiri
- Mendarat daripada lompatan secara tidak betul
- Berhenti mengejut
- Menerima impak secara terus pada lutut atau pelanggaran
Faktor Risiko Kecederaan ACL
Antara faktor risiko kecederaan ACL adalah seperti:
- Bermain sukan yang melibatkan perubahan mendadak dalam kedudukan badan dan arah pergerakan seperti bola sepak, ragbi dan sebagainya
- Membuat pergerakan tidak sengaja yang boleh memutar lutut anda seperti terjatuh dari tangga, terseliuh, pendaratan yang tidak kemas ketika melompat dan lain-lain lagi
- Kehilangan tona otot dalam kaki (dari penuaan atau tidak aktif)
- Memiliki kekuatan otot kaki yang tidak seimbang, contohnya seperti otot-otot di bahagian depan paha anda (quadricep) lebih kuat daripada otot-otot di belakang paha anda (hamstring)
- Mempunyai sejarah kecederaan ACL sebelumnya
Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa keadaan fizikal lutut untuk melihat kesan bengkak. Doktor juga akan melakukan ujian khas dengan menggerakkan lutut anda ke pelbagai posisi untuk menilai abnormaliti dan fungsi sendi.
Selalunya diagnosis boleh dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal sahaja, tetapi pemeriksaan khas yang lain mungkin diperlukan bagi menentukan ketepatan dan tahap serius kecederaan tersebut. Ujian ini termasuk:
- X-ray - X-ray mungkin diperlukan untuk mengesan kepatahan tulang. Walau bagaimanapun, X-ray tidak dapat menggambarkan tisu lembut, seperti ligamen dan tendon
- Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) - MRI menggunakan gelombang radio dan medan magnet yang kuat untuk menghasilkan imej kedua-dua tisu keras dan lembut di dalam badan anda. MRI boleh menunjukkan sejauh mana kecederaan ACL dan tanda-tanda kerosakan pada tisu lain dalam lutut
- Ultrasound - Menggunakan gelombang bunyi untuk memvisualisasikan struktur dalaman. Ultrasound boleh digunakan untuk memeriksa kecederaan pada ligamen, tendon dan otot lutut
Rawatan Kecederaan ACL
Matlamat rawatan untuk kecederaan ACL adalah untuk:
- Mengembalikan kestabilan normal atau hampir normal pada lutut
- Memulihkan fungsi asal sebelum kecederaan lutut
- Mengurangkan risiko kehilangan fungsi dalam lutut
- Mencegah komplikasi kecederaan atau kecederaan sekunder pada struktur lutut yang lain - kerosakan pada struktur seperti ligamen lain dan juga meniscus
- Mengurangkan kesakitan
Kerjasama antara doktor dan pesakit adalah penting bagi memutuskan rawatan yang perlu dijalankan sama ada perlu menjalani pemulihan (rehab) atau pembedahan dan diikuti dengan pemulihan. Tidak semua kecederaan ACL memerlukan pembedahan.
Rawatan Awal Kecederaan
Sekiranya berlaku sebarang kecederaan pada lutut, rawatan pertama yang perlu diambil adalah:
- Pertolongan cemas untuk mengurangkan bengkak dan sakit. Langkah awal RICE iaitu dengan merehatkan lutut, meletakkan ais, memberi tekanan dengan balutan kain atau bandage dan meninggikan kedudukan kaki semasa rehat. Ubat tahan sakit, seperti acetaminophen atau ubat anti-radang nonsteroid (NSAID) juga dapat membantu di peringkat akut
- Menggunakan tongkat (crutches) atau brace untuk hari pertama. Jika tongkat atau brace digunakan terlalu lama, otot akan menjadi lebih lemah daripada aktiviti yang terlalu sedikit. Pergerakan lutut juga akan menjadi kaku dan terhad
- Senaman ringan untuk persiapan sebelum rawatan dimulakan
Rawatan Lanjutan
Rawatan lanjutan setelah menerima nasihat dari doktor atau selepas rawatan adalah dengan rawatan fisoterapi. Pelan rawatan fisioterapi untuk pesakit yang tidak menjalani pembedahan bergantung pada:-
- Tahap kecederaan pada ligamen (mengikut gred kecederaan)
- Tahap kestabilan selepas kecederaan
- Keadaan struktur lain pada bahagian lutut. Sekiranya kecederaan melibatkan lain-lain ligamen dan meniscus, rawatan yang diberikan akan berbeza
- Mempunyai masalah lutut yang lain seperti sejarah kecederaan atau osteoarthritis pada lutut yang sama
- Tahap kecergasan sebelum kecederaan. Individu yang aktif sebelum kecederaan kebiasaannya lebih cenderung untuk pulih dengan lebih cepat disebabkan tahap kekuatan otot adalah tinggi sebelum tercedera
- Umur dan tahap kesihatan secara menyeluruh
Dan sekiranya pesakit menjalani pembedahan, perkara-perkara yang mempengaruhi pelan rawatan adalah:-
- Jenis pembedahan - single / double bundle, pembedahan pemulihan meniscus
- Struktur yang diambil bagi menggantikan ligamen yang tercedera - hamsting atau quadriceps tendon / artificial / cadaver
- Kesediaan dan keupayaan pesakit untuk melengkapkan pemulihan yang panjang dan ketat
![]() |
| Imej dari : mikereinold.com |
Hubungi kami dengan segera sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kami, hubungi kami melalui panggilan telefon, whatsapp (click link disini), atau facebook kami.
Telefon : 011-5720 0858
Facebook : SG Sport Therapy
Instagram : @sg_sport_therapy
Sumber :
- MyHealth Portal KKM
- hellodoktor.com

Ulasan
Catat Ulasan