Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Kecederaan ACL

Imej
Apakah Itu Kecederaan ACL? Sendi lutut mempunyai 4 ligamen asas yang menyokong kestabilannya. Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah salah satu ligamen utama dalam lutut. Kecederaan ACL yang paling sering berlaku semasa sukan yang melibatkan berhenti secara tiba-tiba, melompat atau perubahan arah – seperti dalam permainan bola keranjang, bola sepak, ragbi dan lain-lain lagi. 80% kecederaan ini didapati terjadi tanpa sentuhan (non-contact).  Ligamen normal dan yang telah mengalami kecederaan Kecederaan ACL berlaku apabila berlakunya abnormaliti pada ligamen seperti struktur ligamen hilang kekuatan, terkoyak atau terus putus secara keseluruhannya. Kecederaan ligamen terbahagi kepada 3 jenis atau gred iaitu:- Gred 1 . Kecederaan ringan, sedikit regangan pada ligamen tetapi sendi lutut masih stabil Gred 2 . Regangan pada ligamen sehingga tahap dimana ligamen menjadi longgar. Biasanya disebut sebagai ‘partial tear’ pada ligamen atau separuh koyak. Gred 3 . Kecederaan ligamen ini kebia...

Osteoarthritis

Imej
   Osteoarthritis adalah keradangan kronik pada sendi akibat kerosakan pada tulang rawan. Osteoarthritis adalah jenis arthritis (radang sendi) yang paling kerap terjadi. Kondisi ini menyebabkan sendi-sendi terasa sakit, ketat, dan bengkak. Keadaan ini boleh menyerang semua sendi, namun sendi di jari tangan, lutut, pinggul, dan tulang punggung, adalah sendi-sendi yang paling sering diserang. Gejala yang timbul saat mengalami osteoarthritis akan berkembang secara perlahan. Rawatan untuk osteoarthritis bertujuan untuk meminimakan rasa ngilu dan untuk membantu penderitanya untuk menjalankan aktiviti dan bergerak dengan normal. Penyebab dan Faktor Risiko Osteoarthritis Osteoarthitis disebabkan oleh kerosakan pada tulang rawan dan sendi. Kerosakan ini berkembang seiring dengan masa. Kondisi ini bermula ketika tulang rawan yang merupakan lapisan pelindung tulang mula mengalami kerosakan. Kerosakan ini kemudian menyebabkan terjadinya geseran antara tulang. Geseran ini lama kelamaan ak...